Kebajikan orang muda jadi tumpuan Amizar
  • 7 bulan lalu
Kebajikan orang muda jadi tumpuan Amizar

BERITA MOJO 23 SEPTEMBER 2023

Aspek pembangunan, kehendak dan kebajikan golongan muda menjadi antara tumpuan utama calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Datuk Amizar Abu Adam.

Amizar berkata, selain meneruskan segala perancangan pembangunan dan agenda yang telah diatur penyandang kerusi itu Allahyarham Datuk Seri Johari Harun, hal-hal yang berkaitan dengan anak muda akan menjadi manifesto tambahan buatnya.

Beliau juga mahu fokus kepada anak muda kerana ada banyak program pembangunan, aktiviti dan peluang yang boleh disediakan untuk golongan itu, katanya selepas proses penamaan calon PRK Pelangai di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul pada Sabtu.

Artikel berkaitan: https://bitly.ws/VtvH

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #PRKDUNPelangai