Ahli Dewan Negara diingatkan supaya sentiasa menjaga adab, menggunakan perkataan sesuai dan ‘unparliamentary’ ketika mengambil bahagian membahasakan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) pada persidangan Dewan Negara.
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ahli mesyuarat perlu mengelak daripada membangkitkan soal peribadi seseorang menteri atau ahli-ahli kerajaan yang lain sekiranya tidak bersetuju dengan penjelasan diberikan.
Jelasnya, Ahli Dewan Negara perlu menggunakan perkataan sesuai dan ‘unparliamentary’ serta memberi komen yang konstruktif.