PN beri keterangan di IPD Dang Wangi

  • 8 bulan lalu
Pemuda PN beri keterangan di IPD Dang Wangi

MOJO LIVE 13 SEPTEMBER 2023

[MOJO LIVE] Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur susulan program Himpunan Selamatkan Malaysia pada 16 September ini, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub.

Ahmad Fadhli berkata, beliau bersama ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk memberikan keterangan.

Mereka juga memberikan kerjasama kepada pihak polis kerana menghormati pihak berkenaan.

Sekretariat Himpunan Selamatkan Malaysia, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard yang turut hadir menyatakan himpunan Selamatkan Malaysia yang dijadualkan pada 16 September ini di tengah bandar raya Kuala Lumpur akan diteruskan dan perincian lanjut diputuskan malam ini.

Artikel: https://go.sinar.la/44MJdEZ

#SinarHarian #MojoLive #Mojo #SinarTerkini