Polis Kedah panggil ahli parlimen beri keterangan
  • 9 bulan lalu
Polis Kedah panggil ahli parlimen beri keterangan

BERITA SEMASA 8 OGOS 2023

Polis Kedah akan memanggil seorang ahli parlimen berhubung kenyataan dikeluarkan beliau berkaitan dakwaan isu keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh berkata, ia susulan empat laporan polis diterima pada Isnin berhubung kenyataan yang mendatangkan khianat awam mengaitkan keselamatan diri Muhammad Sanusi.

Fisol berkata sedemikian kepada pemberita selepas meninjau proses pengundian awal PRN Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kedah, di Alor Setar, pada Selasa.

Artikel: https://go.sinar.la/3s6tK4S

Muzik: elevate/bensound

#SinarHarian #BeritaSemasa #PilihanRayaNegeri #KuasaRakyat #PRN2023