PRU15: PH umum 14 kerusi Parlimen Kedah kecuali Langkawi
  • tahun lalu
BERITA SEMASA 30 OKTOBER 2022

Pakatan Harapan mempertaruhkan empat calon dari Amanah dan satu DAP bagi kerusi parlimen di Kedah pada PRU15 selain sembilan kerusi diwakili PKR yang telah diumumkan pada Jumaat, laporan Wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Bagaimanapun, kerusi bagi Parlimen Langkawi, masih belum dimuktamatkan.

Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan mengenai calon Parlimen Langkawi akan diputuskan dalam masa terdekat.

Beliau dalam masa sama optimis kesemua 15 kerusi yang ditandingi di Kedah bakal menjadi milik PH.

Artikel: https://bit.ly/3DMaRYk

#BeritaSemasa #SinarHarian