Kebun Komuniti Madani digiatkan KRT bantu tingkat pendapatan rakyat - Menteri Perpaduan

  • 9 bulan lalu
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata selari dengan kerangka Ekonomi Madani yang digagaskan oleh Perdana Menteri, Kementerian Perpaduan turut menjayakan rangka tindakan itu dengan menggerakan Kebun Komuniti Madani. Jelasnya, kebun komuniti yang digiatkan oleh Kelab Rukun Tetangga (KRT) ini telah berjaya menjana pendapatan kepada rakyat melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.