Komuniti | Program perkasa wanita bantu tingkat daya saing

  • 2 tahun lalu
Jika dahulu tidak mempunyai asas menjahit, kini sudah lebih yakin dan berani untuk menjahit pakaian sendiri.

Atas keyakinan itu, Michelle Dante Dela Cruz berkata, dia kini menanam hasrat untuk membuka kedai jahitnya sendiri.

Semangat daya saing dan keyakinan diri itu diperoleh melalui penyertaan dalam program Memperkasa Wanita Anjuran Kolej Komuniti Penampang Tahun 2022.