Suara Rakyat: Peniaga minta jangan tutup periuk nasi mereka

  • 10 bulan lalu
Diambil sempena perahu payang, Pasar Payang yang terletak di tepi muara Sungai Terengganu ini menjadi lokasi wajib pelancong yang mahu mencari pelbagai barangan seperti kain songket, batik dan kerepek di bawah satu bumbung yang sama.

Namun, pada 2019, kerajaan negeri memutuskan untuk merobohkan bangunan ikonik itu dan digantikan dengan pasar yang lebih moden dengan peniaga-peniaga pula ditempatkan di bangunan sementara.

Mereka dijanjikan akan dipindahkan ke bangunan baharu itu setelah siap.

Namun ada khabar kurang enak dalam kalangan peniaga apabila ada yang mendakwa hanya sebahagian sahaja akan dipindahkan dan bakinya akan terus kekal di premis sementara.

Ikuti laporan wartawan Astro AWANI, Umavathi Ramayah dan jurugambar Sujenthiran.

Disyorkan