Suara Rakyat: 'Asyik kena saman, tolong mudahkan lesen perniagaan di Taman Medan' - Peniaga

  • 9 bulan lalu
'Kami sudah penat disaman, mahu lesen perniagaan dipermudahkan', itu luahan sesetengah peniaga di Taman Medan, Petaling Jaya yang ditemui Astro AWANI baru-baru ini.


Bagi mereka, nasib peniaga perlu dibela pemimpin yang akan diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor 12 Ogos depan. Bagi Khalid Ammay Rajab,28, kawasan penjaja yang dikhaskan oleh pihak berkuasa tempatan dilihat tidak strategik.