Jenazah Salahuddin selamat tiba di Tanjung Piai

  • 10 bulan lalu
Jenazah Salahuddin selamat tiba di Tanjung Piai

BERITA SEMASA 24 JULAI 2023

Suasana pilu menyelubungi ketibaan jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Seri Salahuddin Ayub di kediaman ibunya pada jam 3.35 pagi, Isnin di Kampung Serkat (Kopi Tenggek), Tanjung Piai, Pontian, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Sebelum itu, jenazah Allahyarham tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada jam 2.30 pagi menaiki pesawat khas yang diterbangkan dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) Alor Setar, Kedah.

Turut mengiringi jenazah isteri, Datin Seri Fatimah Taha dan enam orang anaknya serta Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Saudara mara dan penduduk kampung mula memenuhi perkarangan kediaman ibu Allahyarham, Aminah Abdullah, 83 sejak jam 12 tengah malam.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/269745/berita/nasional/suasana-pilu-selubungi-ketibaan-jenazah-salahuddin

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo