Kaji rehabilitasi komuniti ganti penjara bagi kes kecil - Azalina

  • 10 bulan lalu
BERITA SEMASA 11 Julai 2023

Kerajaan sedang meneliti kesesuaian melaksanakan program rehabilitasi berasaskan komuniti sebagai ganti kepada hukuman penjara bagi kesalahan kecil, terutama membabitkan pesalah kali pertama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, bagi tujuan itu kerajaan akan menilai kaedah untuk pindaan Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membanteras Gejala Dadah (JKMD) Bilangan 1 Tahun 2023 yang pertama oleh Kerajaan Madani dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semalam.