Dua anggota bomba dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas

  • 10 bulan lalu
Dua anggota bomba dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas

BERITA MOJO 10 JULAI 2023

Dua anggota bomba terpaksa dikejarkan ke hospital selepas mengalami sesak nafas ketika operasi memadam kebakaran madrasah tahfiz di Jalan Dato Dol Said di Taboh Naning, Melaka pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah, Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB), Mohd Zamri Omar berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.44 tengah hari itu, kedua-dua anggota tersebut telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan dan dilaporkan stabil selain tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurutnya, seramai 18 anggota dan pegawai dikejarkan ke tempat kejadian dan setiba di lokasi, api marak manakala 45 peratus bangunan madrasah tahfiz yang menempatkan pelajar lelaki itu telah terbakar.

Artikel: https://go.sinar.la/3rpsqtS

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian