Tiga lelaki ditahan bantu kes pukul anjing sampai mati

  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 10 JULAI 2023

Polis berjaya menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes menyerang anjing menggunakan kayu di kawasan semak sehingga menyebabkan kematian haiwan berkenaan.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin berkata, ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 40 hingga 53 tahun ditahan di sekitar Batu Maung, Balik Pulau, antara jam 11.45 malam 9 Julai hingga 1 pagi, 10 Julai.

Kesemua suspek yang bekerja sebagai ejen kargo, nelayan dan pemandu bas itu direman tiga hari untuk siasatan lanjut.

Artikel: https://go.sinar.la/3pD9eYZ

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #PDRM