Anggota PGA maut akibat strok haba, berhasrat sertai komando

  • 11 bulan lalu
Anggota PGA maut akibat strok haba, berhasrat sertai komando

BERITA MOJO 5 JULAI 2023

Anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Muhamad Irfan Irham Badrul Hisam, yang meninggal dunia akibat strok haba selepas rebah ketika mengikuti kursus asas pasukan itu di Pusat Latihan PGA Hulu Kinta berhasrat menyertai pasukan komando, lapor wartawan Sinar Harian, Normawati Adnan.

Ibunya, Norizan Idris memberitahu demikian ketika ditemui media di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada Rabu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/266650/berita/semasa/anggota-pga-maut-akibat-strok-haba-bercita-cita-sertai-komando

#SinarHarian #BeritaMojo