Jemaah haji perlu waspada gejala strok haba
  • 11 bulan lalu
Jemaah haji perlu waspada gejala strok haba

BERITA SEMASA 22 MEI 2023

Keadaan cuaca yang panas di Arab Saudi yang mencecah 49 darjah Celsius setiap hari boleh menyebabkan jemaah haji mengalami strok haba, lapor wartawan Sinar Harian diri Tanah Suci Makkah, Badruldin Zakaria.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Dr Asraf Ahmad Qamruddin berkata, cuaca panas dan kering boleh menyebabkan kenaikan suhu dan kehilangan air badan sehingga mengakibatkan strok haba jika terdedah kepada cuaca secara terus.

Jemaah haji perlu sentiasa peka terhadap simptom trok haba seperti  kulit, lidah dan bibir kering, tanda kemerah-merahan, pening kepala, kekejangan otot serta pengsan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/259402/berita/nasional/jemaah-haji-usah-berlengah-jika-alami-simptom-strok-haba

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Makkah