Filipina tidak pernah memiliki Sabah - Mohd Shafie

  • tahun lalu
Filipina tidak pernah memiliki Sabah - Mohd Shafie

BERITA SEMASA 14 JUN 2023

Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa rakyat Malaysia bersepakat untuk menolak tuntutan Sulu sekeras-kerasnya.

Tegasnya, Filipina tidak pernah memiliki Sabah, namun negeri itu dan Sarawak dimiliki oleh Sultan Brunei.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus berjuang melindungi, memelihara kepentingan, kedaulatan Malaysia dalam isu tuntutan Sulu.

Perdana Menteri berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga sudah memulakan siasatan terhadap penuntut Sulu, penimbang tara, peguam serta pihak-pihak lain bagi kesalahan sabotaj.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#DewanRakyat #SinarHarian