Kumpulan pelajar pertama terima potongan yuran pengajian 50 peratus

  • tahun lalu
300 hingga 500 pelajar pertama Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) diberi potongan bayaran yuran pengajian sebanyak 50 peratus.

Kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, hadiah pendidikan koperasi itu adalah satu tanda penghargaan kepada bakal pelajar yang mempercayai visi dan misi UKKM untuk memperkasa bidang koperasi negara ini.