Kalimah ALLAH: Usul dibentang Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada Julai
  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 23 MEI 2023

Usul memperkemaskan peraturan melibatkan kes penggunaan kalimah ALLAH akan dibentangkan di mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu pada Julai tahun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perbincangan itu dilakukan bagi memperkemaskan beberapa peraturan tertentu supaya keputusan berhubung kes penggunaan kalimah ALLAH itu dapat dimuktamadkan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah kerajaan mendapatkan perkenan Majlis
Raja-Raja Melayu dan berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri-negeri sebelum menarik balik rayuan dalam kes kalimah ALLAH yang memberi implikasinya terhadap kedudukan
Islam sebagai agama Persekutuan.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian