Jenazah Allahyarham Awang Askandar dibawa turun ke base camp - Armizan

  • tahun lalu
Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, yang meninggal dunia pada Jumaat lalu dijangka dibawa turun dari Camp 4 ke Everest Base Camp hari ini.Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, perkara itu dimaklumkan oleh Kedutaan Malaysia di Kathmandu menerusi panggilan video pada Isnin.