Jenazah Awang Askandar dijangka tiba pada Sabtu
  • 11 bulan lalu
Pengurusan membawa balik jenazah warga Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian gunung Everest iaitu Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah diselaraskan dengan lancar oleh pihak kedutaan Malaysia di Nepal.

Jenazah mangsa akan diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada 26 Mei 2023 (Jumaat) pukul 11.30 malam (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Mei 2023 (Sabtu) pukul 6.25 pagi (waktu tempatan).