Jalan lama 'muncul' semula di Tasik Timah Tasoh

  • tahun lalu
Jalan lama 'muncul' semula di Tasik Timah Tasoh

BERITA SEMASA 17 MEI 2023

Jalan lama yang tenggelam hampir 30 tahun lalu akibat pembinaan Empangan Tasik Timah Tasoh, di Padang Besar, Perlis 'muncul' kembali selepas air menyusut disebabkan cuaca panas ketika ini lapor wartawan Sinar Harian, Wan Hafiz Wan Mansor.

Jalan sejauh kira-kira satu kilometer itu muncul di tengah laluan Tasik Timah Tasoh menarik perhatian orang ramai terutamanya pemancing yang mengambil kesempatan untuk memancing di situ.

Menurut seorang penduduk, Mohd Fazli Osman, kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat sendiri jalan lama tersebut yang masih lagi dalam keadaan baik dan ada yang mengambil kesempatan berjalan serta merakamkan gambar panorama indah itu.

Artikel: https://bit.ly/3OoRbPY

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian