China desak AS tamatkan hubungan ketenteraan dengan Taiwan

  • tahun lalu
Kementerian Pertahanan China mendesak Amerika Syarikat menghentikan segala bentuk hubungan ketenteraan dengan Taiwan, menganggapnya sebagai ancaman terhadap hubungan Beijing-Washington dan keamanan serta kestabilan di Selat Taiwan. China juga memberi amaran kepada Taiwan tentang usaha meraih kemerdekaan dengan sokongan Amerika Syarikat yang tidak akan membawa sebarang kebaikan.