Rantau Asia Timur | China akhiri latihan ketenteraan di Taiwan
  • 2 tahun lalu
China umum ia sudah menyelesaikan latihan ketenteraannya yang dilancarkan minggu lalu, di sekitar perairan Taiwan, sebagai membantah lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke pulau itu.

Komando Pasukan Timur Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) berkata ia berjaya menyelesaikan pelbagai misi semasa latihan baru-baru ini di sekitar pulau Taiwan dan telah menguji dengan berkesan kapasiti tempur operasi bersama tentera.