Azam Baki jalankan tugas memuaskan sebagai KP SPRM: PM
  • 11 bulan lalu
BERITA SEMASA 15 MEI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa sikap Tan Sri Azam Baki menjalankan tugas dan siasatan tanpa mengira puak atau parti menjadi antara faktor kerajaan melanjutkan perkhidmatannya sebagai Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurutnya, dari segi kerja kelonggaran yang diberikan sebagai pihak berkuasa kepada SPRM dan Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk jalankan tugas itu sangat memuaskan.

Tambahnya, Tan Sri Azam menjalankan tugasnya dengan baik serta tidak memihak sehingga ada pejabat menteri turut digeledah untuk membantu siasatan.

Artikel: https://bit.ly/3Bohxdt

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #KerajaanPerpaduan #SPRM
Disyorkan