Perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini
  • tahun lalu
Perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz Roshdi, Shuhada 20 Jun ini

BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Pengesahan lafaz cerai pelakon, Hafidz Roshdi terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Selasa, diteruskan dengan perbicaraan pada 20 Jun depan dengan kedua-dua pihak perlu menyediakan pernyataan saksi masing-masing, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Azlida Alimin.

Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader mencadangkan perbicaraan diteruskan pada tarikh lain, susulan terdapat isu lafaz cerai yang didakwa berlaku sebanyak dua kali, di luar mahkamah.

Hafidz juga memaklumkan telah membuat dua laporan polis mendakwa isterinya Shuhada menghantar mesej menerusi aplikasi 'WhatsApp', menyatakan hasrat untuk mengugurkan kandungan, beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu.

Artikel: https://bit.ly/41hlNpu

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian