Tidak mustahil Pas kembali ‘berkawan’ dengan DAP - Mohamad

  • tahun lalu
BERITA SEMASA 9 MEI 2023

Presiden Parti Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu menyifatkan tidak mustahil sekiranya Pas akan kembali membentuk tahaluf siyasi bersama DAP dalam masa terdekat.

Jelasnya, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan jika ia berlaku kerana Pas kini ‘berkawan’ dengan musuh politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sehubungan itu, Pas tidak berhak mengkritik mana-mana pakatan politik kerana parti itu juga mempunyai rekod bersekutu dengan parti politik lain demi kelangsungan politiknya sebelum ini.