Tingkatkan kelestarian populasi ikan di laut demi keterjaminan makanan negara - Naib Canselor UMT

  • tahun lalu
Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof. Datuk Dr. Mazlan Abd Ghaffar berkata kerajaan perlu mengkaji semula perlesenan pukat tunda kepada nelayan dan meningkatkan jumlah tukun untuk memastikan populasi ikan di laut kekal optimum. Ini bagi memastikan sumber hasil ikan mampu menampung keperluan makanan negara untuk jangka masa panjang.