Sumbangan penuh bermakna menjelang Aidilfitri

  • tahun lalu
Sumbangan penuh bermakna menjelang Aidilfitri

BERITA SEMASA 10 APRIL 2023

Pasangan orang kurang upaya (OKU) bersyukur menerima sumbangan bantuan wang tunai daripada Yayasan Nur Karangkraf, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Zulkifli Zulkifli Ainul Mokhsei dan isterinya, Siti Nuratikah Mohd Suhaimi yang merupakan pasangan OKU bisu dan pekak itu mempunyai tiga anak berusia setahun hingga tujuh tahun.

Zulkifli yang menghidap barah limfoma dan menetap di PPR Taman Setia Indah berkata, sumbangan RM2,000 itu membolehkan dia membeli barangan keperluan harian termasuk persediaan menyambut raya Aidilfitri.

Artikel: https://go.sinar.la/43mHsPxc

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian