Perlukan teknologi baharu, penyelidikan universiti

  • tahun lalu
Pengusaha ikan air tawar memerlukan bantuan dari segi teknologi yang baharu dan kajian penyelidikan dilakukan pihak universiti bagi memastikan industri itu terus berkembang pada masa akan datang.

Pengasas High Tech Aquaculture, Mohd Aminudin Mohd Zaibani berkata, sokongan dan bantuan itu sangat diperlukan pengusaha dalam usaha memastikan keterjaminan bekalan makanan dan dalam masa sama mereka mampu menawarkan harga ikan yang lebih rendah kepada pengguna.