Universiti perlukan modal baharu pentadbiran

  • 6 years ago
Usahasama antara universiti dan pemain industri negara dapat ditingkatkan seandainya wujud model baru dalam pentadbiran institusi pengajian tinggi tempatan. Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh berkata ia penting bagi memudahkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan pihak universiti dan seterusnya mampu menjana pertumbuhan ekonomi negara melalui pengkomersialan hasil kajian.