Negara maju perlukan modal insan berilmu tinggi

  • 6 years ago
Status negara maju menuntut keperluan tenaga kerja yang bukan sahaja berilmu pengetahuan, tetapi juga yang berkualiti, yang dapat menjana ekonomi negara dengan mampan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata menjadi cabaran besar kerajaan dalam melahirkan generasi memiliki ilmu pengetahuan tinggi untuk mengisi keperluan modal insan dalam mencapai status negara maju mengikut acuan sendiri pada 2020.