Gempa bumi 6.4 magnitud gegarkan Utara Sumatra, Indonesia

  • tahun lalu
Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan bahagian Barat Daya Utara Sumatra berlaku malam Isnin.

Berdasarkan laman web Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Indonesia, gempa bumi dengan kedalaman 102 kilometer itu berlaku pada pukul 10:59 malam (9:59 malam waktu tempatan).