Johor tidak akan tubuh kerajaan perpaduan
  • tahun lalu
Johor tidak akan tubuh kerajaan perpaduan

BERITA SEMASA 31 MAC 2023

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi gambaran penubuhan Kerajaan Perpaduan sebagaimana di Melaka, tidak mungkin berlaku di negeri lain termasuk Johor, lapor wartawan Sinar Harian Johor, Nor Azura Md Amin.

Presiden UMNO itu menjelaskan situasi yang berlaku di Melaka ketika ini, tiada kena mengena dengan situasi politik di negeri lain.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penubuhan Kerajaan Perpaduan termasuk di Johor kerana boleh menggugat kestabilan politik.

Artikel: https://bit.ly/3K1yi1O

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian