PN ‘koyak’ dengan kejayaan Kerajaan Perpaduan - Fahmi
  • 9 bulan lalu
BERITA SEMASA 2 OGOS 2023

Pelbagai kejayaan dikecapi Kerajaan Perpaduan dalam tempoh tujuh bulan mentadbir negara menyebabkan pihak pembangkang cemburu atau "koyak".

Memetik Bernama, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, walaupun kerajaan masih baharu namun kejayaan inisiatif membantu rakyat yang dilaksanakan tidak boleh dinafikan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan berkata, disebabkan kejayaan itu pembangkang tiada modal untuk menyerang kerajaan, sebaliknya mereka memainkan sentimen negatif termasuk menyentuh isu 3R iaitu agama, bangsa dan raja.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa