Jaga akhlak, tak kejar kuasa perlu jadi amalan pemimpin: PM

  • tahun lalu
Jaga akhlak, tak kejar kuasa perlu jadi amalan pemimpin: PM

BERITA SEMASA 17 MAC 2023

Menjaga akhlak, tidak mengejar kuasa dan kekayaan serta menegur secara berhemah perlu menjadi amalan seseorang pemimpin dalam menunaikan tanggungjawab kepada rakyat dan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berucap pada Majlis Ilmu Madani di Seri Perdana pada Khamis, beliau berkata, sesebuah tamadun perlu diperkukuh dengan adanya seorang pemimpin yang mempunyai nilai akhlak seumpama itu.

Perdana Menteri berkata, beliau telah meneliti dan menghadam pesanan ulama Sheikh Profesor Dr Yusri Rusydi Al-Hasany yang berpesan bahawa tamadun akan runtuh sekiranya seseorang pemimpin gelojoh kuasa, kejar kekayaan, terlibat rasuah dan berhasad dengki.

Artikel: https://bit.ly/3yM3NrA

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa