Kerajaan beli 18 pesawat tempur dari Korea Selatan: Tok Mat
  • tahun lalu
Kerajaan beli 18 pesawat tempur dari Korea Selatan: Tok Mat

BERITA SEMASA 16 MAC 2023

Pembelian 18 pesawat tempur ringan FA-50 dari Korea Selatan dibuat berdasarkan penilaian Kementerian Pertahanan dan TUDM, terhadap rekod perkhidmatan baik pesawat itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pesawat itu juga digunakan negara-negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Filipina.

Perjanjian pembelian pesawat tempur bernilai RM4.08 bilion itu dibuat bersama pengeluar tunggal pesawat Korea Selatan iaitu Korea Aerospace Industries Co (KAI) Februari lepas, dengan proses penghantaran pesawat berkenaan dijangka bermula pada 2026.

Artikel: https://bit.ly/3JlS8ET

#BeritaSemasa #SinarHarian