MP Jelutong cadang kerajaan sediakan ‘bodyguard’ kepada hakim
  • tahun lalu
MP Jelutong cadang kerajaan sediakan ‘bodyguard’ kepada hakim

BERITA SEMASA 13 MAC 2023

Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer mencadangkan kerajaan menyediakan perkhidmatan pengawal peribadi khusus untuk hakim-hakim ekoran ancaman yang dibuat susulan mengendalikan kes berprofil tinggi.

Gesaan itu dibuat bagi memastikan hakim diberi perlindungan keselamatan memandangkan berlaku kes ugutan oleh orang awam termasuk yang menimpa Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat tahun lalu.

Tahun lalu, tular di media sosial tindakan seorang lelaki mengeluarkan komen di laman sosial berbaur ugutan dan ancaman terhadap ketua hakim negara.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian