Mahkamah | Adam Radlan didakwa minta, terima rasuah 3.5-7% nilai projek

  • tahun lalu
Di mahkamah berasingan, Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, turut didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM500,000 berkaitan jana wibawa.

Bagaimanapun, Adam Radlan, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sebuah Syarikat, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Hakim Suzana Hussain.