Mahkamah | Pengarah LKIM Selangor didakwa terima rasuah

  • 2 tahun lalu
Seorang pengarah di sebuah agensi kerajaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima suapan wang tunai RM5,000 kononnya sebagai balasan melantik pembekal melaksanakan kerja-kerja membekal benih, baja dan racun.

Khusairi Husain, 56, sebagai Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Selangor didakwa menerima untuk dirinya iaitu wang tunai RM5,000 daripada seorang pengurus besar sebuah badan berkanun cawangan Klang yang dia ketahui badan tersebut ada kena-mengena dengan tugasan rasminya.