UMBI SPM 2022 | Lembaga peperiksaan nafi guna pempengaruh TikTok

  • tahun lalu
Lembaga Peperiksaan (LP) menafikan dakwaan menggunakan pempengaruh TikTok sebagai pelontar suara bagi ujian mendengar Bahasa Inggeris (UMBI) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Dalam kenyataan pada Ahad, LP memaklumkan pelontar suara yang digunakan dalam membina item atau instrumen UMBI SPM 2022 terdiri dalam kalangan guru, pensyarah, murid sekolah atau penuntut universiti serta mereka yang berwibawa dalam berbahasa Inggeris.