Tangguh Peperiksaan: KPM, Lembaga Peperiksaan sedia hadapi sebarang situasi

  • 2 tahun lalu
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan bersedia dengan sebarang kemungkinan sekiranya peperiksaan utama yang dijadual pada Februari tahun depan, terpaksa ditangguhkan sekali lagi susulan pandemik COVID-19.
Bagaimanapun, Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan KPM, Datuk Pkharuddin Ghazali menegaskan, setakat ini pihaknya bersedia mengendalikan peperiksaan tersebut seperti mana yang telah ditetapkan.
Menurutnya, jika terpaksa ditangguhkan, ia mungkin hanya akan melibatkan kawasan yang terjejas sahaja.