SPM,SVM, STPM, STAM ditunda ke suku pertama 2021

  • 2 tahun lalu
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) yang sebelum ini dijadualkan pada November tahun ini akan ditunda kepada suku pertama 2021.

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin menegaskan, Kementerian Pengajian Tinggi juga bersetuju untuk
menangguhkan tarikh kemasukan baharu ke institusi pengajian tinggi (IPT) bagi program asasi, matrikulasi dan peringkat diploma sehingga Julai atau Ogos 2021 manakala program ijazah pada September atau Oktober 2021.