Gempa Turki-Syria | Harapan pudar temui mangsa selamat, angka korban lepasi 20,000

  • tahun lalu
Kesejukan, kelaparan dan putus asa mencengkam ratusan ribu mangsa yang kehilangan tempat tinggal selepas gempa bumi yang melanda Turki dan Syria tiga hari lalu ketika mana angka kematian terus meningkat melepasi 20,000.

Penyelamatan seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun selepas 79 jam terperangkap dalam runtuhan bangunan di Hatay, Turki dan beberapa yang lain, membangkitkan semangat dalam kalangan kru pencarian yang dilanda keletihan.

Namun, harapan semakin pudar untuk ramai lagi yang akan ditemui hidup-hidup di bawah runtuhan bangunan.

Disyorkan