Bencana Gempa | Angka korban gempa Turkiye, Syria boleh cecah 20,000 orang
  • tahun lalu
Korban gempa bumi kuat di Turkiye dan Syria pada Isnin mencecah lebih 4,300 orang dalam tempoh 24 jam selepas kejadian.

Agensi berita Anadalou memetik agensi pengurusan bencana di Turkiye sebagai berkata, mereka yang disahkan terbunuh di wilayah selatan negara itu kini hampir 3,000 orang.

Manakala mangsa yang meninggal dunia di Syria pula hampir 1,500 orang.