Pemandu lori cuba rempuh orang awam dicari
  • tahun lalu
Pemandu lori cuba rempuh orang awam dicari

BERITA SEMASA 6 FEBRUARI 2023

Polis sedang mengesan seorang pemandu lori dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di luar sebuah kedai makan di Taman Permai 3, Seremban, Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, sehingga kini tiada sebarang laporan polis diterima berhubung insiden tersebut.

Namun, pihaknya meminta orang ramai mempunyai maklumat berkaitan supaya menghubungi pihak berkuasa.

Artikel:https://bit.ly/3Rx36el

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian