Siapa Miki di sisi Anwar?

  • tahun lalu
Siapa Miki di sisi Anwar?

BERITA SEMASA 20 JANUARI 2023


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikan seekor arnab gebu berwarna putih digelar Miki sebagai simbolik dalam memperoleh kebahagiaan menerusi kekuatan, ketabahan dan keazaman.

Mesej itu disampaikan menerusi sebuah video pendek sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan Ahad ini.

Miki diibaratkan gagah meneruskan perjalanan kehidupan dan bersikap pantang menyerah, walaupun terpaksa mengharung pelbagai cabaran dan dugaan.

Video itu turut menceritakan mengenai sinar yang dinikmati Miki setelah menempuh kepayahan dan kesusahan itu.

Sempena perayaan Tahun Baharu Cina, Datuk Seri Anwar menyeru semua lapisan rakyat untuk tidak pernah mengalah dan bangkit dengan semangat perpaduan.

Perdana Menteri berkata, penting untuk semua rakyat berbilang kaum di negara ini, diperkasakan selari dengan kedudukan Malaysia yang sudah merdeka dan matang.


Artikel: https://bit.ly/3ZNI12O

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa