'Saya reda beraya begini setiap tahun, asalkan di sisi kakak'
  • 9 hari lalu
BERITA SEMASA 12 APRIL 2024

Jika Aidilfitri tahun lalu mangsa keganasan rumah tangga, Jahidah Nordin, 45, hanya terbaring kaku di rumah, begitu jugalah keadaannya Aidilfitri kali ini, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Keadaan wanita berkenaan yang kini dijaga oleh adiknya Fauziah Nordin, 42, tidak jauh berbeza, melainkan tahap kesihatannya yang semakin baik.

Disebabkan itu, tiada lagi istilah beraya buat Fauziah kerana tanggungjawabnya kini lebih tertumpu kepada Jahidah termasuk menjaga anak kakaknya itu, Eshan Nufail yang kini berusia dua tahun empat bulan.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: amsound-anotherchance dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Aidilfitri #HariRaya #Jahidah