Adab dan akhlak mempunyai kedudukan yang sangat istimewa dalam Islam selepas aqidah dan syariat.
Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan kemuliaan akhlak”.
Ilmu tanpa adab pula adalah sesuatu yang bahaya dan boleh merosakkan. Sebagai seorang Muslim kita seharusnya menjadi seorang yang berilmu bersulamkan adab kerana ia mendatangkan jutaan keberkatan dalam kehidupan.
Persoalannya, apakah kepentingan dan panduan adab dalam Islam.