Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • today
MISI kemanusiaan berterusan di bumi bergolak menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa menerusi Yayasan Nurjiwa.

"KAMI tak mampu lihat saudara di Gaza dibiarkan begitu saja. Dan di sini (Malaysia), pelajar B40 tetap dibantu," kongsinya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam majlis penyerahan sumbangan Inayah Beauty bersama Yayasan Nurjiwa berjumlah RM300,000 bagi tujuan membaik pulih masjid di Gaza.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Inayah Beauty, Dini Latifi, majlis penyerahan itu bukan sekadar simbolik, malah membawa mesej penting buat rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk terus mengingati dan membantu mereka yang sedang diuji di bumi bergolak.

“Palestin menjadi fokus tahunan buat Inayah Beauty bukan sahaja kerana ikatan solidariti global, tetapi kerana krisis kemanusiaan di sana antara yang paling kritikal dan berpanjangan di dunia.

“Projek membaik pulih masjid ini akan dilaksanakan oleh wakil Yayasan Nurjiwa yang menetap di kawasan tersebut,” kata Dini.

Majlis diserikan oleh duta rasmi Inayah Beauty, Fasha Sandha, Uqasha Senrose dan Bella Astillah selain Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa, Fasha Sandha, Aidil Aziz, Elisya Sandha, Watie Hanifiah, Bella Astillah, Intan Ladyana, Intan Najuwa dan Syed Saddiq.

Category

People
Transcript
00:00Saya dan juga suami Tim Yasanija tak pernah berhenti lah untuk kita terus wawarkan tentang bantuan untuk Gaza ni.
00:08Selain pada tu, di Malaysia sendiri pun kita tak lupakan, kita nak tumpu pada Gaza sahaja.
00:12Di Malaysia pun, untuk student-student B40, setiap hari juga kita bagi makan.
00:17Di universiti-universiti ketiga, setiap hari Jumaat, ada makanan untuk student ni.
00:23Sebenarnya kita fokus pada dalam negara kita sebenarnya, mana, apa orang kata, masyarakat yang dair, kita pernah bantu bariki rumah mereka.
00:35Ada dari 5 ke 6 rumah, saya pergi sampai ke koreleh, terus semua kan.
00:39Tapi oleh kerana, saya percaya, kita tak boleh membiarkan saudara kita di Gaza begitu saja.
00:45Ada di sekolah Afawal Al-Fiyah, dan kita ada account di situ yang membuatkan ia lebih mudah.
00:51Kalau lah saya tak buka sekolah Afawal Al-Fiyah sebelum perang hari tu, mungkin saya tak boleh lakukan seberterusan sampai hari ni.
01:01Saya selalu harap, Allah lindungi saya punya syukur yang lawan ni.
01:06Sebab, rumah majib lah, saya rasa Allah ni memang nak lindungi mereka.
01:11Dan kita orang pernah berbual ke teman-teman, dia tak nak keluar ke untuk menyelamatkan dia dan baga-teman dia kata dia takkan keluar.
01:18Sebab, ramai yang bergantung pada dia.
01:21So, kita orang memang lagi semangat lah nak tolong, kan.
01:25So, kita doa saja, jangan jadi apa-apa daripada Dr. Mohanad ni.

Recommended