Banjir | KKM buka CPRC di sembilan negeri terjejas

  • tahun lalu
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) telah membuka bilik gerakan banjir Crisis Preparedness And Response Centre (CPRC) di sembilan negeri yang terjejas banjir.

Ia termasuk negeri paling teruk terjejas iaitu di Kelantan yang kini mencatatkan lebih 28 ribu mangsa.

KKM melalui satu kenyataan memaklumkan, bilik gerakan ini bertujuan bagi menyelaras, mengkoordinasi dan mengendalikan keperluan melibatkan bencana banjir di negeri-negeri yang terlibat.